} -->
❤ CeRiTeRa aQuDia ❤
:: MuLaKaN HaRi aNdA dEnGaN sENyUmAn ^____^ ::

Wednesday, 28 September 2011

✽ My CoNvO DaY ✽


☂ 24 September 2011 ☂
Agak terlewat ak post pasal topik ni...
Tarikh ni amat bermakna bagiku,
krn ni hari konvo ak...
Majlis konvokesyen ni telah diadakan di
Dewan Konvokesyen, Taman Tamadun Islam...
Nampak cam jauh je kan,huhuu...
Padahal 5minit je dari rumah ak...:)
Hari ni jugak, aku tlh diiktiraf sebagai
seorang 'GRADUAN'...^_^
Apa yg da ak usahakan selama 3 tahun ni,
da menghasilkan sesuatu yg blh ak banggakan...
kepada mak n abah yg membesarkan anakmu ini,
lecturer2 yg banyak mencurahkan ilmu,
kawan2 yg sudi membantu,
dan org2 tersayang yg sentiasa ada denganku,
jutaan terima kasih ak ucapkan...
apa yg telah kalian korbankan,
tak mampu ak balas...
tapi akan ku kenang hingga akhir hayat...
Sayang kalian semua!!! ❤❤❤

❤ Staff Nurse WannaBe^_~ ❤
❤ With my Mak & Abah ❤


❤ With my Angah ❤


❤ With my Adik ❤


❤ A1-7 Members ❤


❤ Nurse's Band :) ❤




❤ Roody pun konvo sekali ^_^ ❤


Facebook
Follow @EiyffaHashim
0 BuDaK cOmEy bErKaTa-KaTa

Wednesday, 21 September 2011

☾OpEn HoUsE UCB☽



Niat asal ak pergi kolej ari ni,
just nk ambik lesen nurse n jubah tuk konvo je..
last2...bila sampai sana...
tepat2 lak dgn rider2 konvoi 1 Malaysia sampai..
aku masuk kolej pun siap abg2 polis iring lagi..
heheheee^_^
yg bestnya, khabar angin yg bertiup rupanya betul..
Siti Nurhaliza n Jue Aziz datang sini lor..
ari ni kira masuk lam sejarah kolej la..
diaorang dtg pn sempena open house aidilfitri...
cun siot Jue Aziz tu, duk lak tepi ak...
huhuuuu...^_~
Ct Nurhaliza pn not bad la,coz ak xminat dia c(:
Yg ak lebih teruja sebenarnya...
bile tgk motor2 besar ni,smart giler!
Yg tu memang ak minat sgt2 la...:))
Pe2 pn, just enjoy da pic ya....(”,)

 Siti Nurhaliza:)
Jue Aziz n sape ntah kt tepi tu,huhuu...
 Ramainya bodyguard...
 Siti nyanyi lagu raya...


 Real face....
Lawanye rambut dia:))


 Diiringi muzik latar by KTB Band...
Datuk K...
 Bersiap untuk meneruskan perjalanan...
 Kesian Jue,kena serbu tuk bergambar....
 Datuk K bwk motor sorg2,Ct nek motor len...huhuu
Rider2 dgn motor masing2...mmg terbaik la!!
Selamat jalan semua....daaaa~
* pic ~ kredit for MK

Facebook
Follow @EiyffaHashim
0 BuDaK cOmEy bErKaTa-KaTa

Monday, 19 September 2011

☠PeTaNdA DiA MaSiH iNgAt KeKaSiH LaMa☠


Melupakan kekasih lama bukannya mudah…
Sebab itulah ada sesetengah orang masih tidak dapat
melupakan memori manis bersama bekas kekasihnya
 walaupun sudah menemui cinta baru…
Berikut ialah beberapa tips yang boleh digunapakai untuk 
mengetahui apakah kekasihmu itu sudah melupakan 
bekas kekasihnya atau tidak?

❥Dia sering membandingkan kamu dengan bekas kekasihnya...
Ini bermakna dia sebenarnya masih tidak
 dapat melupakan bekas kekasihnya,
sebab itulah dia sering mengatakan kamu 
mengingatkannya terhadap si dia.

❥Dia mengajak kamu membina hubungan lebih 
serius dengan tergesa-gesa...
 Misalnya berkenalan tidak sampai beberapa bulan
 sudah mengajak kamu bertunang.
 Ini bermakna dia sebenarnya cuba menutup perasaan dirinya
 yang masih berbelah bahagi dan untuk menyelamatkan 
keadaan, dia membina komitmen baru.

❥Sikapnya sering berubah-ubah...
Semalam layanan yang diberikan terhadapmu cukup mesra.
Hari ini, dia seolah-olah cuba menjauhkan diri.
Jika ini sikapnya, bermakna dia masih lagi terperanjat
 gara-gara putus cinta dengan bekas kekasihnya.

❥Berpura-pura gembira...
 Salah satu cara untuk melupakan bekas kekasih
ialah dengan berpura-pura gembira.
 Dia bersikap seolah-olah tiada apa yang berlaku,
sedangkan dia sebenarnya menahan rasa sedih.

❥Simpan gambarnya...
Walaupun si dia memberi alasan bahawa dia dah
 tak ada apa-apa perasaan
 dan itu hanyalah sekeping gambar, tapi usah dibiarkan.
 Bahaya tu!!!
 Bermakna kenangan di antara mereka berdua
 akan tetap dalam ingatannya...


Facebook
Follow @EiyffaHashim
0 BuDaK cOmEy bErKaTa-KaTa

Thursday, 15 September 2011

✍BuKu KeHiDuPaN✍


Manusia seperti sebuah BUKU....
Cover depan adalah tanggal lahir...
Cover belakang adalah tanggal kematian..
Tiap lembarnya adalah tiap hari dalam 
hidup kita dan apa yg kita lakukan...
Ada buku yang tebal, ada buku yang nipis...
Ada buku yang menarik untuk dibaca...
ada yang sama sekali tidak menarik...

Sekali tertulis, tidak akan pernah boleh 
di'edit' dan di'delete' lagi...
Tapi,hebatnya.....
seburuk manapun halaman sebelumnya,
selalu tersedia halaman selanjutnya yang
putih bersih, baru dan tiada cacat...
Sama dengan hidup kita, seburuk manapun kelmarin..
Tuhan selalu menyediakan hari yang 
baru untuk kita memperbaikinya...

Kita selalu diberi kesempatan baru
untuk melakukan sesuatu yg benar,
berjaya dan lebih baik dari hari2 sebelumnya...
Kita selalu boleh memperbaiki kesalahan dan
melanjutkan alur cerita kedepannya sampai saat 
usia berakhir yang sudah ditetapkan-NYA, 
ketika lembaran buku kehidupan 
sampai pada sampul penutupnya....

Waktu dimana tidak ada kesempatan lagi untuk
kita memperbaiki buku kehidupan..
Ya Allah... 
Terimalah taubat kami di setiap hembusan nafas...
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^


Facebook
Follow @EiyffaHashim
0 BuDaK cOmEy bErKaTa-KaTa

Monday, 12 September 2011

❥ CiNtA HaTi ❤



HATI..usah ditangisi lagi,
HATI..percayalah pasti ada bahagia menyusul nanti,
HATI..buang segala prasangka,
HATI..tenangkanlah..cerialah..
senyumlah berulang-ulang kali..
Walau berhari-hari duka yang singgah..
....bersabarlah....
Apa yang penting,
DALAM HATI MASIH ADA CINTA...
DALAM CINTA TERSELIT SEDIKIT SENGSARA..
  tidak mengapa kerana itu
adalah dugaan YANG MAHA ESA..
 Jangan hanya inginkan kebahagiaan berjela 
tanpa merasa susah sementara..
semakin sukar kita mendapat CINTA..
  kita akan semakin menghargainya..
 tika kita dapat memilikinya nanti..
kita pasti menjaganya bak PERMATA..

 **********************************************************************




Facebook
Follow @EiyffaHashim
0 BuDaK cOmEy bErKaTa-KaTa

Sunday, 11 September 2011

♥JaRaK AnTaRa 2 HaTi♥


Suatu hari seorang  guru bertanya kepada murid-muridnya,
“Mengapa ketika seseorang sedang marah,
dia akan bercakap dengan suara kuat atau berteriak?”
Seorang murid setelah berfikir cukup lama 
mengangkat tangan dan menjawab, 
“Kerana dia telah hilang sabar, oleh itu dia berteriak.”
“Tapi…” guru bertanya kembali,
“Orang yang dimarahinya hanya berada dekat dengannya. 
Mengapa perlu berteriak? 
Kenapa dia tak  berbicara secara lembut?”

Hampir semua murid memberikan pelbagai alasan
yang dirasakan logik menurut mereka. 
Namun tiada satu pun jawapan yang memuaskan.
Maka guru berkata, 
 “Ketika dua orang sedang berada dalam kemarahan,
jarak antara ke dua hati mereka menjadi amat jauh
walaupun secara luaran mereka begitu dekat.
Oleh itu, untuk mencapai jarak yang demikian, 
mereka harus berteriak.
Namun anehnya, semakin kuat mereka berteriak, 
semakin pula mereka menjadi marah dan dengan sendirinya 
jarak hati yang ada di antara mereka menjadi lebih jauh lagi.
Kerana itu mereka terpaksa berteriak lebih kuat dan keras lagi.”

Guru masih melanjutkan, 
 “Sebaliknya, apa yang terjadi ketika dua orang saling jatuh cinta?
Mereka tidak berteriak, mereka berbicara dengan suara yang 
keluar dari mulut mereka dengan begitu perlahan dan kecil.
Seperlahan bagaimana pun, kedua-duanya masih 
dapat mendengar  dengan begitu jelas.
Mengapa demikian?”
 Guru bertanya sambil memerhatikan muridnya.
Mereka kelihatan berfikir panjang namun tiada seorang
pun yang berani memberikan jawapan.
“Kerana hati mereka begitu dekat, hati mereka tak berjarak.
  Sepatah kata pun tak perlu diucapkan.
Sebuah pandangan mata saja cukup membuat
mereka memahami apa yang ingin mereka sampaikan.”

 " Ketika kita sedang dilanda kemarahan,
janganlah hati kita mencipta jarak.
Lebih – lebih lagi  mengucapkan kata-kata yang
mendatangkan jarak hati diantara kita.
Mungkin di saat seperti itu, 
diam mungkin merupakan cara yang bijaksana. 
Kerana waktu akan membantu kita..."


Facebook
Follow @EiyffaHashim
0 BuDaK cOmEy bErKaTa-KaTa
Subscribe to: Posts (Atom)

ღ LOVE SONG ღ
ღ MiSS DOMOT ღ
ღ eFfA HaNiSaH ღ
10 sEpTeMbEr 1988
Mr. H
ღ CeRiTa2 TeRkUmPuL ღ
  • ►  2012 (29)
    • ►  December (5)
    • ►  November (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (5)
    • ►  March (12)
    • ►  February (4)
  • ▼  2011 (74)
    • ►  December (10)
    • ►  November (11)
    • ►  October (20)
    • ▼  September (9)
      • ✽ My CoNvO DaY ✽
      • ☾OpEn HoUsE UCB☽
      • ☠PeTaNdA DiA MaSiH iNgAt KeKaSiH LaMa☠
      • ✍BuKu KeHiDuPaN✍
      • ❥ CiNtA HaTi ❤
      • ♥JaRaK AnTaRa 2 HaTi♥
      • ღ HaTiKu HaTiMu ღ
      • SeLaLu SaLaH (͡๏̯͡๏)
      • SeLaMaT HaRi RaYa!!!
    • ►  August (16)
    • ►  July (8)
ღ FOLLOWERS ღ
passed L J M :))
get a diploma :))
be a nurse :))
Nokia E5 :))
anniversary :))
kawen :p
further study :((
go to overseas :((
buy a car :((
ღ LOVE iS CiNTA ღ
ღ ABAH & MAK ღ
ღ FAMILY ღ
Daisypath Anniversary tickers
✈ PeLaWaT ✈
free counters
Free counters







Ordinary Blog ❤❤ honey88apple ❤❤