} -->
❤ CeRiTeRa aQuDia ❤
:: MuLaKaN HaRi aNdA dEnGaN sENyUmAn ^____^ ::

Sunday, 11 September 2011

♥JaRaK AnTaRa 2 HaTi♥


Suatu hari seorang  guru bertanya kepada murid-muridnya,
“Mengapa ketika seseorang sedang marah,
dia akan bercakap dengan suara kuat atau berteriak?”
Seorang murid setelah berfikir cukup lama 
mengangkat tangan dan menjawab, 
“Kerana dia telah hilang sabar, oleh itu dia berteriak.”
“Tapi…” guru bertanya kembali,
“Orang yang dimarahinya hanya berada dekat dengannya. 
Mengapa perlu berteriak? 
Kenapa dia tak  berbicara secara lembut?”

Hampir semua murid memberikan pelbagai alasan
yang dirasakan logik menurut mereka. 
Namun tiada satu pun jawapan yang memuaskan.
Maka guru berkata, 
 “Ketika dua orang sedang berada dalam kemarahan,
jarak antara ke dua hati mereka menjadi amat jauh
walaupun secara luaran mereka begitu dekat.
Oleh itu, untuk mencapai jarak yang demikian, 
mereka harus berteriak.
Namun anehnya, semakin kuat mereka berteriak, 
semakin pula mereka menjadi marah dan dengan sendirinya 
jarak hati yang ada di antara mereka menjadi lebih jauh lagi.
Kerana itu mereka terpaksa berteriak lebih kuat dan keras lagi.”

Guru masih melanjutkan, 
 “Sebaliknya, apa yang terjadi ketika dua orang saling jatuh cinta?
Mereka tidak berteriak, mereka berbicara dengan suara yang 
keluar dari mulut mereka dengan begitu perlahan dan kecil.
Seperlahan bagaimana pun, kedua-duanya masih 
dapat mendengar  dengan begitu jelas.
Mengapa demikian?”
 Guru bertanya sambil memerhatikan muridnya.
Mereka kelihatan berfikir panjang namun tiada seorang
pun yang berani memberikan jawapan.
“Kerana hati mereka begitu dekat, hati mereka tak berjarak.
  Sepatah kata pun tak perlu diucapkan.
Sebuah pandangan mata saja cukup membuat
mereka memahami apa yang ingin mereka sampaikan.”

 " Ketika kita sedang dilanda kemarahan,
janganlah hati kita mencipta jarak.
Lebih – lebih lagi  mengucapkan kata-kata yang
mendatangkan jarak hati diantara kita.
Mungkin di saat seperti itu, 
diam mungkin merupakan cara yang bijaksana. 
Kerana waktu akan membantu kita..."


Facebook
Follow @EiyffaHashim

0 BuDaK cOmEy bErKaTa-KaTa:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)

ღ LOVE SONG ღ
ღ MiSS DOMOT ღ
ღ eFfA HaNiSaH ღ
10 sEpTeMbEr 1988
Mr. H
ღ CeRiTa2 TeRkUmPuL ღ
  • ►  2012 (29)
    • ►  December (5)
    • ►  November (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (5)
    • ►  March (12)
    • ►  February (4)
  • ▼  2011 (74)
    • ►  December (10)
    • ►  November (11)
    • ►  October (20)
    • ▼  September (9)
      • ✽ My CoNvO DaY ✽
      • ☾OpEn HoUsE UCB☽
      • ☠PeTaNdA DiA MaSiH iNgAt KeKaSiH LaMa☠
      • ✍BuKu KeHiDuPaN✍
      • ❥ CiNtA HaTi ❤
      • ♥JaRaK AnTaRa 2 HaTi♥
      • ღ HaTiKu HaTiMu ღ
      • SeLaLu SaLaH (͡๏̯͡๏)
      • SeLaMaT HaRi RaYa!!!
    • ►  August (16)
    • ►  July (8)
ღ FOLLOWERS ღ
passed L J M :))
get a diploma :))
be a nurse :))
Nokia E5 :))
anniversary :))
kawen :p
further study :((
go to overseas :((
buy a car :((
ღ LOVE iS CiNTA ღ
ღ ABAH & MAK ღ
ღ FAMILY ღ
Daisypath Anniversary tickers
✈ PeLaWaT ✈
free counters
Free counters







Ordinary Blog ❤❤ honey88apple ❤❤