} -->
❤ CeRiTeRa aQuDia ❤
:: MuLaKaN HaRi aNdA dEnGaN sENyUmAn ^____^ ::

Saturday, 31 March 2012

♥ TaNdA Si DiA sAyAnGkAn KaMU ♥



Kata orang, jika nak memilih seseorang sebagai pasangan hidup...
pilihlah seseorang yang menyayangi kita lebih dari kita menyayanginya....
kerana orang yang menyayangi kita takkan begitu
 mudah meninggalkan kita walau apa jua keadaan... 
tapi orang yang kita sayang, belum tentu lagi ada disaat kita perlukannya...
renung-renungkanlah ^_^


1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.


2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.


3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.


4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.


5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ’selamat pagi’, ’have fun’, ’selamat malam’, ‘take care’, dan lain-lain, walaupun kamu tidak membalas SMSnya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dengan cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”.


6. Jika kamu merayakan tahun baru dan kamu tidak mengundangnya ke pesta yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.


7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat-saat itu ialah saat yang berharga untuknya. Dan saat itu, matanya pasti berkaca, kerana saat bersamamu tidak selalu berulang.


8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingat setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.


9. Orang yang mencintai kamu akan belajar meminati lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu. Kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun susah menggemari kesukaan kamu, tapi akhirnya dia boleh.


10. Kalau kali terakhir kamu bertemu, kamu mungkin sedang sakit, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu. Kerana dia bimbang tentang kamu, sentiasa ambil berat tentang kamu.


11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung. Dan saat harinya tiba, dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.


12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.


13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggetarkan dunianya.


14.Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.


15.Jika suatu saat kamu harus pindah ke tempat lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan keadaan yang mungkin membawa pengaruh buruk terhadap kamu. Dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’


16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.


17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang PELIK, seperti menelefon kamu 100 kali sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.


18. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.


19. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu, dia tidak pernah mengelak daripada memenuhi permintaan kamu walau sesukar manapun permintaan itu.


20. Kalau kamu melihat handphonenya, maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOXnya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ianya telah dihantar berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda yang berharga buatnya.


21. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri darinya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu. Walaupun hal itu membunuh hatinya.


22. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.


23. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui. Karena dia tidak mahu kamu rasa terbeban kerananya. Saat kau pinta dia pergi, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta. 


* Hargailah orang yang sayangkan kita sebelum kita kehilangannya... :)

Facebook
Follow @EiyffaHashim
0 BuDaK cOmEy bErKaTa-KaTa

MaKsUd Di SeBaLiK KaTa-kAtA WaNiTa


Perempuan biasanya lebih suka meluahkan sesuatu
 dengan cara berkias berbanding lelaki yang
 lebih "straight to the point" kan??
Kadang2 saya pun begitu...:)
Tapi tak semua maksud dalam mesej yang ingin 
disampaikan itu benar2 sampai kan?
Mungkin ada jawapan yang kita sendiri tak pernah duga...
Ini sebahagian daripadanya, LIKE jika anda setuju ye ^_^

 : Makna tersembunyi di sebalik kata-kata perempuan :

1. Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi : Siapa yang paling lawa? 
I ke, budak pompuan tu?

2. Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi : Jom pi makan. Lapar ni!

3. Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi : Belikanlah untuk I.

4. Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi : Tolong picit kepala.

5. Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. 
Mana nak masak, basuh kain-baju lagi…
Makna tersembunyi : Kita makan kat luar jelah. 
Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.

6. Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi : I tak nak kat you. 
Tak paham-paham ke?

7. Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. 
You baik,memahami bla bla bla…
Makna tersembunyi : Hish… I rasa macam minat sesangat 
kat you. Rasa macam nak jadi awek you je.

8. Kalau perempuan tanya: You pernah tak
 teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi : Kalau nak gaduh, kalau
 berani sangat, sebut la nama dia depan aku.

9. Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban 
demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi : Amboi! Aku kena berkorban.
 Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.

10. Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang
 betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang 
dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil. Ape yg `dia’ dapat i pun dapat..
Makna tersembunyi : Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, 
aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.


*Anda setuju?? hehee :)

Facebook
Follow @EiyffaHashim
0 BuDaK cOmEy bErKaTa-KaTa

Friday, 30 March 2012

sTrAwBeRi BiRu??? CoMeYnYe...^_^

Anda pernah tengok & makan strawberi berwarna biru???
Ia nampak pelik tapi benar....
Dengan kemajuan teknologi yang dah ada, kita mungkin
boleh merasa makan strawberry berwarna biru. 
Dikatakan, para saintis telah menemui genetik strawberi
biru ini yang sesuai ditanam di kawasan yang dingin ekstrim 
kerana mempunyai bahan anti-beku yang jurus memberi
perlindungan kepada pertumbuhannya...
Jom tengok ni..... :)








yum yum ^_^

*sumber

Facebook
Follow @EiyffaHashim
0 BuDaK cOmEy bErKaTa-KaTa

SeAnDaiNyA WaNiTa TaHu.....

♥ Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang 
begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin)

♥ Jika seseorang lelaki meminati wanita,
 wanita itu tidak semestinya cantik. 
Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi.
 Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak 
persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat.
 Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

♥  Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui
 perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.

♥  Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.

♥  Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya 
untuk menambat hati wanita.

♥  Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang 
kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat 
wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! 
Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.

♥  Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan
 situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!

♥  Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak
 macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.

♥  Bila lelaki cakap..”Emm..tengoklah dulu”..itu seringkali 
bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

♥  Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal,
 dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang
 dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

♥  Kebanyakan lelaki yg nampak `desperate’, 
datang dari sekolah all boys! (how true)

♥  Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila 
perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

♥  Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan 
dari library atau buku semata-mata.
 Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..
dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini…

♥  Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam
 tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan 
supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.

♥  Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan
 `flirting’ dengan ramai wanita..
dia tetap hanya ada seorang teman wanita
 yang istimewa…yang lain hanya kawan..

♥  Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…
maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja….
Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!

♥  Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, 
lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak
 menunjukkannya kesedihannya di depan orang.

♥  Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki,
 perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki 
itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…

♥  Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong 
wanita. Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata 
perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu
 mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan
 air mata senjata perempuan. Lelaki bukanlah sempurna 100%, 
walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya.
 Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yg hebat
 dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!


* sumber

Facebook
Follow @EiyffaHashim
0 BuDaK cOmEy bErKaTa-KaTa

Tuesday, 27 March 2012

NaMuNkU pUnYa HaTi....




Saya DIAM bukan bermakna saya
 tak boleh LAWAN cakap awak...
saya SENYUM bukan bermakna saya RELA di marah,
 di caci atau di maki oleh awak...
saya TUNDUK bukan bermakna saya KALAH...

 Tapi saya DIAM kerana saya tidak mahu MENYAKITI HATI 
awak seperti mana awak lakukan pada saya...
saya SENYUM kerana saya teringat NASIHAT MAK AYAH
 supaya JANGAN TINGGIKAN suara pada insan lain...
dan saya TUNDUK kerana saya YAKIN ALLAH 
sentiasa ADA bersama saya...
hakikatnya saya juga seperti awak...
punya HATI dan PERASAAN.... :( 

Facebook
Follow @EiyffaHashim
2 BuDaK cOmEy bErKaTa-KaTa

♥ SeBeLuM KiTa MeNcInTai SeSeOrAnG ♥




Pesan pada DIRI...
Jangan tersalah memberi HATI 
pada insan yang tak sudi...
Pada insan yang tak mengerti...
Kerana, sekali kita memberi,
selamanya dia di HATI...
Kerana, sekali kita dilukai,
sampai bila-bila tetap kita ingati...
Pesan lagi pada diri, 
hati-hatilah dalam memberi HATI
sebab ia hanya untuk insan yang tahu menghargai
betapa tingginya nilai sekeping HATI.... ♥

Facebook
Follow @EiyffaHashim
0 BuDaK cOmEy bErKaTa-KaTa

Friday, 23 March 2012

KaU kU sAyAnG....



Ada ketikanya insan yg kita sayang, 
membuatkan kita dalam keadaan teruji...
Ada ketikanya insan yg kita sayang,
 membuatkan kita terkeliru...
Ada ketikanya insan yg kita sayang,
 selalu membuatkan kita terluka...
Ada ketikanya insan yg kita sayang,
 semakin membuatkan kita terkilan...
Ada ketikanya insan yg kita sayang,
 membuat rasa sabar kita kian menipis...
Ada ketikanya insan yg kita sayang, 
mengguris hati kita hingga menitis airmata...
Namun kita tetap menyayanginya kerana
 dia sentiasa bertakhta di hati...

Facebook
Follow @EiyffaHashim
0 BuDaK cOmEy bErKaTa-KaTa

Sunday, 18 March 2012

BuKaNkAh AkU...


Hancur hatiku hatiku ini
Meskipun tiada pun yang tahu
Aku berdoa aku kan cuba
Meskiku tak lagi percaya

Namun ku masih tetap mencuba
Hampa hati yang ada di langkah kaki
Namun tetap ku menanti

Bukankah aku yang kau mengatakan cinta
Bukan diriku yang kau janjikan semua
Luluh hatiku menantikanmu
Menantikan jawabmu ohh

Meskipun engkau bukan seperti yang dulu
Namun ku tetap disini menantikanmu
Sampai hatimu tinggalkan aku
Namun cintaku tetap hanya untukmu...

Facebook
Follow @EiyffaHashim
0 BuDaK cOmEy bErKaTa-KaTa

TeRRaPuRi HeRiTaGe ViLLaGe ReSorT

Kampung Mangkuk, Setiu....Terengganu.
Di sinilah tempat saya dilahirkan hampir 24 tahun yang lalu.
Di sebuah kampung yang agak terpencil dan 
kurang dikenali pada masa itu.
Sebuah kampung yang sehingga kini masih memelihara keindahan
dan suasana kampungnya yang sungguh nyaman serta tenang.
Semakin hari, kampung yang kecil ini makin dikenali 
kerana keindahan pantainya dan lokasinya yang 
selesa serta bebas dari hiruk-pikuk kota.
Kekayaan sumber alamnya juga turut menarik minat 
kaki pancing dan pelancong-pelancong dari
 seluruh negara untuk berkunjung ke sini.
Lokasi yang strategik juga telah menambat hati pelbagai 
produksi filem dan drama untuk menjalankan penggambaran.
Untuk pengetahuan anda, filem Hikayat Merong Mahawangsa 
terbitan KRU Production turut menjalankan
 aktiviti penggambarannya di sini.
Kini, kampung ini semakin kerap dikunjungi berikutan terbinanya
 sebuah resort yang sangat esklusif dan megah iaitu
Terrapuri Heritage Village Resort....
Resort ini agak unik dan berlainan dengan resort-resort 
yang terdapat di Malaysia kerana resort ini menggunakan 
struktur binaan rumah asal yang dibawa dari 
tempat-tempat tertentu di seluruh Terengganu.
Struktur binaan tersebut tidak diubah supaya keasliannya terpelihara.
Kedudukan resort ini yang berada di tepi pantai juga sesuai bagi
anda yang merancang untuk bercuti bersama keluarga
serta berbulan madu bersama yang tersayang...:)


 
 
 
 
 
 
 
 
 
sekitar penggambaran Hikayat Merong Mahawangsa

untuk keterangan lebih lanjut,
anda boleh klik sini ye :)
www.pinganchorage.com

* harga bilik memang cun kan??? heheeee :D

♡ Saya bangga jadi orang kampung & rakyat Terengganu ♡

Facebook
Follow @EiyffaHashim
2 BuDaK cOmEy bErKaTa-KaTa

Friday, 9 March 2012

BeRaKhiRnYa ZaMaN BuJaNg :)


Tonggak penyerang Terengganu, Abdul Manaf Mamat, 25, 
mengakhiri zaman bujang bersama pilihan hatinya hari ini.
Beliau yang juga pemain kebangsaan selamat diijab kabul bersama 
Sabihah Johan, 25, di rumah pengantin perempuan di 
Taman Perumahan Permint Jaya, Chendering di sini.

Majlis dihadiri oleh sanak saudara kedua-dua belah pihak 
serta pemain-pemain skuad Terengganu termasuk 
Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), 
Datuk Che Mat Jusoh.

Menurut Abdul Manaf, beliau bersyukur kerana impiannya untuk
 mendirikan rumahtangga bersama pilihan hatinya yang telah 
dikenali sejak di bangku sekolah akhirnya menjadi kenyataan.

"Saya hanya berdoa agar perkahwinan kami kekal hingga ke 
akhir hayat dan berharap dapat membantu pasukan Terengganu 
memenangi perlawanan menentang Perak esok sebagai 
hadiah perkahwinan saya," katanya kepada pemberita.

Terengganu akan bertemu Perak dalam pusingan kedua kalah 
mati Piala FA bagi meneruskan cabaran ke separuh akhir di 
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pukul 8.45 malam esok. 

Abdul Manaf sebelum ini menjadi wira membantu pasukan skuad 
Terengganu dalam kempen pembukaan kumpulan F Piala Konfederasi
 Bolasepak Asia (AFC) setelah menjaringkan gol tunggal untuk 
menewaskan pasukan kelab Vietnam, Song Lam Nghe An Selasa lepas.

SUMBER

Facebook
Follow @EiyffaHashim
0 BuDaK cOmEy bErKaTa-KaTa

Thursday, 8 March 2012

✽ TaNgiSaN SeMaLaM ✽



Tangisan semalam takkan menyebabkan 
kita rebah untuk hari ini...
Tangisan semalam takkan mematahkan semangat ini...
Tangisan semalam bukan bererti 
berakhirnya sebuah harapan...
Tapi...
Tangisan semalam adalah semangat...
Tangisan semalam adalah kekuatan...
Tangisan semalam adalah kebangkitan...
Mereka hanya melihat bintang,
Tapi kita berusaha memetik bintang....
♥♥♥

Facebook
Follow @EiyffaHashim
0 BuDaK cOmEy bErKaTa-KaTa

Tuesday, 6 March 2012

KoBiS TiRuAn??


Jika sebelum ini, kecoh pasal telur tiruan di Malaysia.
Kali ini di China, wujud pula kisah pasal kobis tiruan di sana.
Camne mereka buat kobis tu & pe bahan yang digunakan ek?









Bagus la diorang ni, de idea yang kreatif..
Tapi walau sehebat mana pun ciptaan manusia tu, 
tetap takkan mampu melawan ciptaan Allah kan?

^_^



Facebook
Follow @EiyffaHashim
0 BuDaK cOmEy bErKaTa-KaTa
Subscribe to: Posts (Atom)

ღ LOVE SONG ღ
ღ MiSS DOMOT ღ
ღ eFfA HaNiSaH ღ
10 sEpTeMbEr 1988
Mr. H
ღ CeRiTa2 TeRkUmPuL ღ
  • ▼  2012 (29)
    • ►  December (5)
    • ►  November (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (5)
    • ▼  March (12)
      • ♥ TaNdA Si DiA sAyAnGkAn KaMU ♥
      • MaKsUd Di SeBaLiK KaTa-kAtA WaNiTa
      • sTrAwBeRi BiRu??? CoMeYnYe...^_^
      • SeAnDaiNyA WaNiTa TaHu.....
      • NaMuNkU pUnYa HaTi....
      • ♥ SeBeLuM KiTa MeNcInTai SeSeOrAnG ♥
      • KaU kU sAyAnG....
      • BuKaNkAh AkU...
      • TeRRaPuRi HeRiTaGe ViLLaGe ReSorT
      • BeRaKhiRnYa ZaMaN BuJaNg :)
      • ✽ TaNgiSaN SeMaLaM ✽
      • KoBiS TiRuAn??
    • ►  February (4)
  • ►  2011 (74)
    • ►  December (10)
    • ►  November (11)
    • ►  October (20)
    • ►  September (9)
    • ►  August (16)
    • ►  July (8)
ღ FOLLOWERS ღ
passed L J M :))
get a diploma :))
be a nurse :))
Nokia E5 :))
anniversary :))
kawen :p
further study :((
go to overseas :((
buy a car :((
ღ LOVE iS CiNTA ღ
ღ ABAH & MAK ღ
ღ FAMILY ღ
Daisypath Anniversary tickers
✈ PeLaWaT ✈
free counters
Free counters







Ordinary Blog ❤❤ honey88apple ❤❤