:: MuLaKaN HaRi aNdA dEnGaN sENyUmAn ^____^ ::

Sunday, 18 March 2012

TeRRaPuRi HeRiTaGe ViLLaGe ReSorT

Kampung Mangkuk, Setiu....Terengganu.
Di sinilah tempat saya dilahirkan hampir 24 tahun yang lalu.
Di sebuah kampung yang agak terpencil dan 
kurang dikenali pada masa itu.
Sebuah kampung yang sehingga kini masih memelihara keindahan
dan suasana kampungnya yang sungguh nyaman serta tenang.
Semakin hari, kampung yang kecil ini makin dikenali 
kerana keindahan pantainya dan lokasinya yang 
selesa serta bebas dari hiruk-pikuk kota.
Kekayaan sumber alamnya juga turut menarik minat 
kaki pancing dan pelancong-pelancong dari
 seluruh negara untuk berkunjung ke sini.
Lokasi yang strategik juga telah menambat hati pelbagai 
produksi filem dan drama untuk menjalankan penggambaran.
Untuk pengetahuan anda, filem Hikayat Merong Mahawangsa 
terbitan KRU Production turut menjalankan
 aktiviti penggambarannya di sini.
Kini, kampung ini semakin kerap dikunjungi berikutan terbinanya
 sebuah resort yang sangat esklusif dan megah iaitu
Terrapuri Heritage Village Resort....
Resort ini agak unik dan berlainan dengan resort-resort 
yang terdapat di Malaysia kerana resort ini menggunakan 
struktur binaan rumah asal yang dibawa dari 
tempat-tempat tertentu di seluruh Terengganu.
Struktur binaan tersebut tidak diubah supaya keasliannya terpelihara.
Kedudukan resort ini yang berada di tepi pantai juga sesuai bagi
anda yang merancang untuk bercuti bersama keluarga
serta berbulan madu bersama yang tersayang...:)


 
 
 
 
 
 
 
 
 
sekitar penggambaran Hikayat Merong Mahawangsa

untuk keterangan lebih lanjut,
anda boleh klik sini ye :)

* harga bilik memang cun kan??? heheeee :D

♡ Saya bangga jadi orang kampung & rakyat Terengganu ♡

Facebook

2 comments:


Ordinary Blog ❤❤ honey88apple ❤❤