} -->
❤ CeRiTeRa aQuDia ❤
:: MuLaKaN HaRi aNdA dEnGaN sENyUmAn ^____^ ::

Friday, 26 August 2011

❀MaDaH bUaT WaNiTa❀


Jangankan lelaki biasa,
Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita,
Tanpa mereka,
fikiran dan perasaan lelaki akan resah,
Masih mencari walau ada segalanya,
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun Adam tetap rindukan Hawa.

Dijadikan wanita dari tulang rusuk yang bengkok itu,
untuk diluruskan oleh lelaki,
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus....
Mana mungkin kayu yang bengkok 
menghasilkan bayang yang lurus,
Luruskanlah wanita dengan jalan yang 
ditunjukkan oleh Allah SWT,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah,

Didiklah mereka dengan panduanNya,
Janganlah cuba menjinakkan mereka dengan harta,
Kerana nantinya mereka akan liat,
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan,
Kerana nantinya mereka derita,
Kenalkanlah mereka kepada Allah,
Zat yang kekal,
Di situ punca kekuatan dunia!!!

Akal senipis rambutnya,
Tebalkan ia dengan ilmu,
Hati serapuh kaca,
Kuatkanlah ia dengan iman,
Perasaan selembut sutera,
Hiasilah ia dengan akhlak,
Suburkanlah ia kerana daripada situlah nantinya,
mereka akan lihat nilaian dan keadilan,

Tuhan,
Bisikkanlah ke telinga mereka bahawa,
Kelembutan bukan satu kelemahan,
Ia bukan diskriminasi Tuhan,
Sebaliknya disitulah kasih dan sayang Tuhan,
Jinakkanlah diri kepada Allah,
Nescaya akan jinaklah segala-galanya
di bawah pimpinanmu,

Jangan mengharapkan isteri semulia
Fatimah Az Zahra,
Andai dirimu tidak sehebat
Saidina Ali Karamallahawajhah...



Facebook
Follow @EiyffaHashim
0 BuDaK cOmEy bErKaTa-KaTa

Tuesday, 23 August 2011

BeTuL KeR??


Dia kata dia sayangkan aku,
tapi betul ke???
Dia kata dia cintakan aku,
tapi betul ke???
Dia kata dia nak sehidup semati denganku,
tapi betul ke???
Dia kata hanya aku bertakhta dihatinya,
tapi betul ke???
Dia kata dia takkan tinggalkan aku 
walau apapun yang terjadi,
tapi betul ke???
Dia kata dia rindukan aku setiap masa,
tapi betul ke???
Dia kata dia xpernah lupakan aku walau sesaat,
tapi betul ke???
Dia kata walaupun dia tak contact aku,
dia tetap ingatkan aku,
tapi betul ke???
Dia kata walaupun dia marah aku,
hatinya tetap takkan berubah,
tapi betul ke???

Aku bukannya tak percaya dengan kata-katanya,
cuma aku takut dipermainkan..
Aku bukannya meragui kejujurannya,
cuma aku bimbang diperbodohkan..
Aku bukannya menafikan kenyataan yang wujud,
cuma aku ingin berwaspada...
Aku bukannya tak yakin dengan kasih sayangnya,
cuma aku takut diriku terluka lagi.....

Aku hanya nak dia tahu,
yang aku teramat menyayanginya sepenuh hatiku!!!


Facebook
Follow @EiyffaHashim
0 BuDaK cOmEy bErKaTa-KaTa

Sunday, 21 August 2011

AnDaiNyA DiA TaHu...



Entah mengapa tiba2 aku rasa,
aku sangat merindui dear..
aku rindu senyumannya,
gelak ketawa n gurau sendanya,
aku rindu utk bermanja dgnnya...
tapi....
dear jauh dari pandanganku,
apatah lagi dari genggamanku..
seandainya dear tahu,
yang aku ini sangat menyayanginya,
aku ini sangat merinduinya,
alangkah bahagianya jika 
dear ada disisiku di saat-saat ini...
mungkin ini ujian Tuhan buatku,
untuk menguji keutuhan hubungan aku & dear,
dan mengajar aku menjadi lebih tabah dan kuat,
supaya hati aku cekal...
aku sunyi tanpanya menemaniku,
aku rindukan kasih sayangnya,
aku butuh dear....
seandainya dia tahu.......:(

Facebook
Follow @EiyffaHashim
0 BuDaK cOmEy bErKaTa-KaTa

Saturday, 20 August 2011

aKu ♥ KaMu


Lontarkan kekeruhan di hatimu, 
Biar menjadi jernih,
 Campakkan kebencian di jiwa,
 Agar menjadi bersih hatimu,
 Masih ada yang sayang kepadamu.....

Buangkan kenangan yang dahulu,
Biar jadi sejarah, 
Tanamkan kerinduan untukku, 
Agar kasih kita kan bersatu,
 Dalamnya kasih sayangku terhadapmu.....

Lintasan kasih, pintasan rindu,
 Usah bersedih, nanti bertemu...
Lama merintih, lama merindu,
 Usah bersedih, nanti bersatu....

Oh angin lalu sampaikan, 
Sampaikan salam rindu padanya, 
Bisikkanlah ditelinga, 
Aku menunggu.... 

Oh angin lalu serukan,
 Serukan kasih sayang padanya,
 Bisikkanlah ditelinga,
 Aku merindu.....♥



Facebook
Follow @EiyffaHashim
0 BuDaK cOmEy bErKaTa-KaTa

Friday, 19 August 2011

♥BeRiLaH KaMi yG TeRbAiK♥


Kita tak pernah menyangka
ini semua akan terjadi
mungkin kita terlalu lupakannya
hingga akhirnya berikan cubaan ini

hilang semua milik kita
petik hikmah dari segala yang terjadi

Tuhan mohon lepaskan semua
cubaaan dan penderitaan ini
Tuhan beri kami kekuatan
untuk bisa menghadapi ini

mungkin kita terlalu sombong
anggap diri kita yang paling hebat
sampai kita melupakan-Nya
hingga akhirnya berikan cubaan ini

kita pasti akan hilang
kita pasti akan kembali padanya

Tuhan mohon lepaskan semua
cubaaan dan penderitaan ini
Tuhan beri kami kekuatan
untuk bisa menghadapi ini

hanya Engkau yang sanggup tenangkan
gelisah dan resah di hati

Tuhan mohon lepaskan semua
cubaaan dan penderitaan ini
Tuhan beri kami kekuatan
untuk bisa menghadapi ini

hanya Engkau yang sanggup tenangkan
gelisah dan resah di hati
berilah kami yang terbaik......



Facebook
Follow @EiyffaHashim
0 BuDaK cOmEy bErKaTa-KaTa

Tuesday, 16 August 2011

:SyUkUr KAU yG SaTu:


Bila kau memandang segalanya dari Tuhanmu,
yang mencipta segalanya,
yang menimpakan ujian,
yang menimbulkan sakit hatimu,
yang membuatkan keinginanmu terhalang,
serta menyusahkan hidupmu,
pasti akan damailah hatimu
kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan
segalanya untuk sesuatu yang sia-sia...
bukan Allah tak tahu deritanya hidupmu,
retaknya hatimu,
tapi mungkin itulah yang Dia mahu
kerana Dia tahu hati yang sebeginilah
selalunya lebih hidup
dan mudah untuk hampir dengan-Nya...
****************************************************

Facebook
Follow @EiyffaHashim
0 BuDaK cOmEy bErKaTa-KaTa

Thursday, 11 August 2011

~ThAnKs~


Sebenarnya, masalah merupakan peluang
untuk membuatkan diri kita menjadi kuat...

Berterima kasihlah kepada orang yang telah 
menyusahkan dan mengecewakan kita,
Kerana dia telah melatih kegigihan hati kita..

Berterima kasihlah kepada orang yang telah menipu kita,
Kerana dia telah menambah pengalaman kita...

Berterima kasihlah kepada orang yang telah mengejar kita,
Kerana dia telah membuatkan kita berlari sangat kencang,
melebihi kelajuan normal kita....

Berterima kasihlah kepada orang yang telah menjatuhkan kita,
kerana dia telah menguatkan kemampuan kita..

Berterima kasihlah kepada orang yang telah memarahi kita,
Kerana dia telah membantu menumbuhkan 
Ketenangan & Kebijaksanaan kita..

Berterima kasihlah kepada semua orang yang telah
membuat kita kuat, tabah & berjaya..

TERIMA KASIH SEMUA.....!!!!



Facebook
Follow @EiyffaHashim
0 BuDaK cOmEy bErKaTa-KaTa

kEmBaLi PuLiH ❤


Mood ari ni da ok ckit,
sebab smuanye da kembali sperti sediakala....
hrp2 smua ni akn brkekalan sampai bila2...
........d........
sedih sgt rase lau gaduh dgn d tau...
tak tenang je rase nk hidup...
pe2 pun yg jadi,
aku cinta padamu....
aishiteru.....
woa ai ni.....
sarang hae....
LUSM ❤ DEAR!!!


Facebook
Follow @EiyffaHashim
0 BuDaK cOmEy bErKaTa-KaTa

Wednesday, 10 August 2011

~HaTi TerLuKa~


Entah di mana silapnya,
dia berubah sikap menjadi begitu dingin denganku..
seolah2 aku telah melakukan kesalahan yang sangat besar kepadanya..
aku keliru, aku buntu...
macam2 benda yang telah aku fikirkan,
untuk mencari apa kekhilafan yang telah aku lakukan..
kenapa dia boleh berubah sekelip mata???
sudah pudarkah rasa sayangnya padaku?
sudah terhakiskah cinta yang terpatri dalam hatinya??

aku akui aku hanyalah manusia biasa,
yang tak boleh lari daripada melakukan kesilapan..
tapi,jika aku benar2 bersalah,
sedarkan aku tentang kesalahan itu agar bisa aku perbetulkan..
jika ada kekuranganku,
khabarkan kepadaku agar boleh aku tingkatkan diriku...
kenapa terlalu mudah engkau menghukumku,
atas kesalahan yang aku sendiri tidak tahu?
tidak mampukah rasa sayangmu padaku,
melunturkan rasa marah dan merendahkan egomu itu....???

hina sangatkah aku pada pandangan matamu,
hingga sanggup kau maki dan tengking,
seperti aku ini hanyalah tunggul kayu..
yang tak punya hati dan perasaan...
tidak cukupkah lagi kasih sayang yang 
aku limpahkan kepadamu selama ini?
aku tidak pernah mengungkit setiap pemberianku dan
tidak akan sesekali mengambil semula sesuatu yang telah aku ikhlaskan...

aku rela berkorban apa saja untukmu,
asalkan aku dapat melihat engkau bahagia..
rasa cinta dan sayangku ini kepadamu,
tidak pernah direka atau dibuat2..
ia semua datang dari hatiku yang ikhlas memilihmu..
aku amat berharap suatu hari nanti,
kau sedar betapa aku mencintaimu setulus hatiku..
dan aku yakin tiada manusia yang mampu mencintaimu
sepertimana aku mencintaimu....

semoga masih ada ruang untuk kita meneruskan 
hubungan yang telah tercipta ini,
sampai bila-bila...
janganlah ada ungkapan perpisahan,
sekiranya dihatimu masih ada rasa sayang padaku...
aku akan terus menunggu jawapanmu,
kerana aku sangat menCINTAImu.....

" Ya Allah, jika benar dia memang tercipta untukku,
dekatkanlah hatinya dengan hatiku,
suburkanlah rasa cinta yang telah tumbuh di dalam hati kami,
wujudkan persefahaman dan kemesraan di antara kami,
dan limpahkan kasih sayang yang berpanjangan bagi kami....

Ya Allah, jika benar dia bukan milikku,
tabahkanlah hatiku dengan takdirMu itu,
bantulah aku untuk melupakannya buat selamanya,
ikhlaskanlah hatiku untuk menerima semua ketentuanMu,
dan berilah aku kekuatan untuk meneruskan
kehidupan yang mendatang tanpa dia disisi lagi...
Aminnn......."




Facebook
Follow @EiyffaHashim
0 BuDaK cOmEy bErKaTa-KaTa

Tuesday, 9 August 2011

:: RaMa2 ::


Suatu hari, 
ada seorang budak lelaki sedang memerhatikan 
seekor kepompong, di dalamnya ada rama-rama
yang sedang berjuang untuk melepaskan diri dari
dalam kepompong dan kelihatannya begitu sukar.
Budak lelaki tersebut merasa kesian kepada rama – rama 
tersebut, dia ingin membantu rama-rama 
agar dapat keluar dengan mudah.
Akhirnya kanak-kanak mengambil gunting 
dan membantu memotong  kepompong agar rama-rama
dapat keluar dengan segera dan senang.
Alangkah senang dan leganya kanak-kanak tersebut.

Tetapi apa yang terjadi?
Rama-rama itu memang dapat keluar dari sana,
Tetapi rama-rama itu tidak dapat terbang, 
dia hanya dapat merayap. Apa sebabnya?
Rama-rama yang sedang berjuang dari kepompongnya tersebut,
sebenarnya pada saat rama-rama mengerahkan seluruh
tenaganya, ada satu cecair didalam tubuhnya mengalir
dengan kuat ke seluruh tubuhnya, yang akan membuatkan
sayapnya dapat mengembang sehingga ia dapat terbang.
 Tetapi kerana tiada lagi perjuangan tersebut,
maka sayapnya tidak dapat mengembang sehingga ia
menjadi seekor rama-rama yang hanya dapat merayap.

Kadangkala niat baik kita belum tentu menghasilkan 
sesuatu yang baik. Sama seperti pada sewaktu kita 
mengajar anak kita. Kadangkala kita sering membantu mereka
kerana kasihan atau rasa sayang,
tetapi sebenarnya membuatkan mereka tidak berdikari
Membuat potensi dalam dirinya tidak berkembang. 
Memandulkan kreativiti kerana kita tidak sanggup
melihat mereka mengalami kesulitan,
Yang sebenarnya jika mereka berjaya mengatasinya,
mereka akan menjadi KUAT.

Demikian juga pada sewaktu kita sedang berjuang 
menghadapi sesuatu, jangan mengharapkan 
bantuan orang lain, berjuanglah dahulu dengan
mengerahkan segala kemampuan kita.

" Hidup penuh dengan PERJUANGAN.
Sering kali juga kita sering menyalahkan 
situasi yang kita hadapi,
Tetapi ternyata situasi itulah yang akan 
menDEWASAkan kita...."


Facebook
Follow @EiyffaHashim
0 BuDaK cOmEy bErKaTa-KaTa

Monday, 8 August 2011

:: MaNa SaTu PiLiHaN ❤??


Saya bertanya kepada emak,
“mak,mana satu pilihan hati, 
orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang?”
Mak jawab, “dua-dua bukan..”
Saya tercengang. Mak mengukir senyuman.
“Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” 
saya menarik nafas dalam-dalam.
“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?”
Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.
Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang
bermain dalam hati anak perempuannya. 
Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari
mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.
“Yang paling tahu hanya Allah..”
mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.
“Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya..” 
mak menyusun ayat-ayatnya.
“Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya
tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..”
Saya memintas, “Tak faham..”
Mak menyambung, “Cinta di dalam jalan Allah..
Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..”
Mak menyambung lagi, 
“Begini, setiap insan yang bergelar manusia
telah Allah ciptakan berpasang-pasangan.
Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah.
Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..”
Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak
dapat mengesan gelora jiwa muda ini..
 
Mak menyambung, 
“Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,
jodoh dan maut sejak azali lagi.
Persoalannya ialah.. siapakah jodohnya itu?”
mak berhenti seketika.
Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi.
Emak buat-buat tidak nampak.
“Mak dulu masa muda ada secret admire.
Rajin betul dia hantar surat.
Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal. 
Mak nak belajar sungguh-sungguh. 
Lama budak tu tunggu mak. 
Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan
membalas cinta dia jika dia sah suami mak.
Dan dia memang bukan jodoh mak,
maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu,” 
Mak merenung jauh.
Saya merapatkan badan kepada emak,
semakin berminat dengan kisah lama mak..
 
“Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?” 
saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak.
Emak ketawa kecil.
“Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang 
pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.
Mak takut pada Allah. 
Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.
Mak, seperti kakak..”
Mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. 
Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.
 
“Dulu bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.
Mak membawa imej agama. 
Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji. 
Sebab zaman tu hujung 70-an dan awal 80-an tak ramai
lagi yang bertudung betul menutup auratnya.
Zaman tudung nipis dan nampak jambul.
Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. 
Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. 
Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan 
ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..”
emak melemparkan pandangan ke lantai.
“Selepas itu ustazah jumpa kami secara persendirian.
Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. 
Dia suruh kami teruskan..” sambung emak.
Ada getar di hujung suara emak. 

Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu 
sikit-sikit emak ceritakan pada saya. 
Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit 
semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.
“Mungkin kerana personaliti mak,
mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak. 
Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan,
mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu
akan menyebabkan Allah marah atau tidak.
Mak ayah berdosa tak? 
Dan maruah pembawa agama terjejas tak?
Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi,
bermakna mak sedang menconteng arang 
di muka-muka pembawa-pembawa agama. 
Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung
sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. 
Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama
mengambil ringan batas syariat duhai anak..” 
mak menelan air liurnya.

Saya diam.
Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.
“Jatuh cinta perkara biasa.
Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu 
tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu.
Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni. 
Tetapi kita kena ingat.
Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas 
sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.
Bercouple mungkin. Tetapi bukan berkahwin. 
Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, 
jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali. 
Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah 
jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..”

Tiba-tiba air mata saya mengalir. 
Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak.
Emak meneruskan, “Allah itu Maha Adil. 
Dia tak pernah menzalimi hamba-Nya.
Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hamba-Nya
ialah diri hamba tu sendiri.
Sebabnya hamba itu degil.
Dia mahukan yang bukan haknya dan yang bukan milik dia.
Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.
Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai
antara satu sama lain seperti diri sendiri.
Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, 
kita bebas peluk dia.
Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. 
Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, 
tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang 
memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan.

Cuba renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, 
sempurna agamanya dan rajin.
Lalu kita jatuh hati padanya.
Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain,
kita pula dengan yang lain.
Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus. 
Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.
Kita dan dia masih boleh sama-sama
bekerjasama untuk mencari redha Allah.
Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita,
dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya,” 
emak berhenti seketika.

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.
“Jadi di sini mak nak kamu faham, 
jatuh cinta bukan perkara luar biasa.
Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan 
untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.
Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang. 
Ada orang tukar pasangan macam tukar baju.
Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada
diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, 
jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia.
Kita beritahu pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah,
kerana itu kita mencintai si dia.
Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, 
segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk 
mak ayah adalah kerana mencintai Allah.
Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu,
beritahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci
sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.”

“Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, 
ia tetap bukan milik kita.
Kita tak mampu untuk mengawalnya.
Hanya Allah yang boleh memegangnya. 
Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah. 
Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita.
Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, 
itulah nikmat lazatnnya bercinta.
Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita,
kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah. 
Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. 
Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,
rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya 
bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu. 
Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang 
pernah merasai sahaja yang mampu mengerti.”

“Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kamu, 
terimalah dengan hati yang redha.
Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci.
Kalau yang kamu sayang, tak jadi hal lah. 
Tapi kalau dapat yang kamu tak nak, 
lantaran kelemahan yang ada pada dia,
ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah 
ciptakan dengan kelebihan masing-masing.
Dan mungkin kamu ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki
tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kamu
sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.
Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kamu 
sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kamu..
 Alangkah bertuahnya kamu kalau kamu mengerti setiap
pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur,”
sekali lagi berjuraian air mata saya turun.

Terasa lemah lutut hendak berdiri.
Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat.
Pelukan emak sangat-sangat kuat.
“Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.
Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang 
sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara,” 
emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak
dan air mata yang mengalir ke bahu saya.
Kini,saya tahu yang mana satu harus saya pilih....

Facebook
Follow @EiyffaHashim
0 BuDaK cOmEy bErKaTa-KaTa
Subscribe to: Posts (Atom)

ღ LOVE SONG ღ
ღ MiSS DOMOT ღ
ღ eFfA HaNiSaH ღ
10 sEpTeMbEr 1988
Mr. H
ღ CeRiTa2 TeRkUmPuL ღ
  • ►  2012 (29)
    • ►  December (5)
    • ►  November (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (5)
    • ►  March (12)
    • ►  February (4)
  • ▼  2011 (74)
    • ►  December (10)
    • ►  November (11)
    • ►  October (20)
    • ►  September (9)
    • ▼  August (16)
      • ❀MaDaH bUaT WaNiTa❀
      • BeTuL KeR??
      • AnDaiNyA DiA TaHu...
      • aKu ♥ KaMu
      • ♥BeRiLaH KaMi yG TeRbAiK♥
      • :SyUkUr KAU yG SaTu:
      • ~ThAnKs~
      • kEmBaLi PuLiH ❤
      • ~HaTi TerLuKa~
      • :: RaMa2 ::
      • :: MaNa SaTu PiLiHaN ❤??
      • KiSaH ❤ pOhOn ePaL
      • ❤WaNiTa❤
      • KeNaPa??
      • ❤KePaDa YaNg...❤
      • SeMpUrNa
    • ►  July (8)
ღ FOLLOWERS ღ
passed L J M :))
get a diploma :))
be a nurse :))
Nokia E5 :))
anniversary :))
kawen :p
further study :((
go to overseas :((
buy a car :((
ღ LOVE iS CiNTA ღ
ღ ABAH & MAK ღ
ღ FAMILY ღ
Daisypath Anniversary tickers
✈ PeLaWaT ✈
free counters
Free counters







Ordinary Blog ❤❤ honey88apple ❤❤