} -->
❤ CeRiTeRa aQuDia ❤
:: MuLaKaN HaRi aNdA dEnGaN sENyUmAn ^____^ ::

Friday, 5 August 2011

❤KePaDa YaNg...❤


❤❤ Kepada yang masih SINGLE..
Cinta ibarat kupu-kupu.
Makin kau kejar, makin ia menghindar.
Tapi, bila kau biarkan ia terbang,
ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga.
Cinta mampu membahagiakanmu tapi 
sering pula ia menyakiti, 
tapi cinta itu hanya istimewa apabila kau
berikan pada seseorang yang layak menerima.

❤❤ Kepada yang ragu-ragu
dengan PERNIKAHAN...
Cinta bukannya mencari seseorang yang "SEMPURNA",
tetapi menemukan seseorang yang mampu
menjadikan dirimu sempurna.

❤❤ Kepada PLAYBOY @
PLAYGIRL...
Jangan katakan "AKU CINTA PADAMU!" 
bila kau tidak benar-benar peduli.
Jangan bicarakan soal perasaan 
bila itu tidak benar-benar ada. 
Jangan kau sentuh hidup seseorang 
bila kau hanya berniat main-main dengannya.
Jangan menatap ke dalam mata seseorang 
bila apa yang kau lakukan hanya pembohongan.
Hal paling kejam yang dilakukan
ialah membuat seseorang jatuh cinta,
sedangkan kau tidak berniat langsung "UNTUK
MENERIMANYA" saat ia terjatuh.

❤❤ Kepada yang PATAH HATI...
Sakit... patah hati... 
bertahan selama kau menginginkannya dan
akan menghiris luka yang paling dalam saat kau membiarkannya.
Persoalannya, bukan bagaimana kita mengatasi rasa sakit itu,
tetapi adalah apa yang boleh diambil sebagai 
pengajaran dan hikmahnya.

❤❤ Kepada yang BELUM PERNAH
JATUH CINTA...
Bagaimana kalau jatuh cinta?
Mahu jatuh, jatuhlah!
Tetapi, jangan sampai terjerumus.
Biar selamba tapi stabil.
Berkongsilah tetapi jangan tak adil. 
Cubalah untuk memahami tetapi bukan 
bermakna tidak boleh meminta apa-apa. 
Bersedialah untuk terluka dan menderita,
tetapi jangan simpan semua rasa sakit
jika itu yang benar-benar dialami.

❤❤ Kepada yang ingin
MENGUASAI...
Hatimu patah melihat orang yang
kau cintai berbahagia dengan orang lain,
tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa
orang yang kau cintai ternyata tidak bahagia denganmu.

❤❤ Kepada yang takut
MENGAKUI...
Cinta menyakitkan bila anda putuskan 
hubungan dengan seseorang.
Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang 
memutuskan hubungan denganmu.
Dan cinta yang paling menyakitkan
apabila orang yang kau cintai,
langsung tidak mengetahui perasaanmu terhadapnya.

❤❤ Kepada yang masih bertahan
MENCINTAI SESEORANG YANG
TELAH PERGI...
Hal menyedihkan dalam hidup ialah 
bila kau bertemu seseorang lalu kau jatuh cinta.
Dan akhirnya kau mula menyedari bahawa 
dia bukanlah jodohmu dan kau telah mensia-siakan 
masa bertahun-tahun untuk seseorang yang tidak layak. 
Kalau sekarang dia sudah tidak layak,
10 tahun dari sekarang pun dia tetap tak akan layak. 
Biarkan dia berlalu pergi dan lupakanlah dia.

~► Cinta memang indah namun
banyak onak berduri didalamnya...
cintailah seseorang yang halal untukmu,
nescaya dirimu akan mengecapi kebahagiaan
di dunia dan di akhirat...
cintailah seseorang itu kerana agamanya...
Jadikanlah cintamu terhadap si dia dapat 
membawa kalian ke SYURGA Allah...
InsyaAllah, Aamiin Ya Allah..

Facebook
Follow @EiyffaHashim

0 BuDaK cOmEy bErKaTa-KaTa:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)

ღ LOVE SONG ღ
ღ MiSS DOMOT ღ
ღ eFfA HaNiSaH ღ
10 sEpTeMbEr 1988
Mr. H
ღ CeRiTa2 TeRkUmPuL ღ
  • ►  2012 (29)
    • ►  December (5)
    • ►  November (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (5)
    • ►  March (12)
    • ►  February (4)
  • ▼  2011 (74)
    • ►  December (10)
    • ►  November (11)
    • ►  October (20)
    • ►  September (9)
    • ▼  August (16)
      • ❀MaDaH bUaT WaNiTa❀
      • BeTuL KeR??
      • AnDaiNyA DiA TaHu...
      • aKu ♥ KaMu
      • ♥BeRiLaH KaMi yG TeRbAiK♥
      • :SyUkUr KAU yG SaTu:
      • ~ThAnKs~
      • kEmBaLi PuLiH ❤
      • ~HaTi TerLuKa~
      • :: RaMa2 ::
      • :: MaNa SaTu PiLiHaN ❤??
      • KiSaH ❤ pOhOn ePaL
      • ❤WaNiTa❤
      • KeNaPa??
      • ❤KePaDa YaNg...❤
      • SeMpUrNa
    • ►  July (8)
ღ FOLLOWERS ღ
passed L J M :))
get a diploma :))
be a nurse :))
Nokia E5 :))
anniversary :))
kawen :p
further study :((
go to overseas :((
buy a car :((
ღ LOVE iS CiNTA ღ
ღ ABAH & MAK ღ
ღ FAMILY ღ
Daisypath Anniversary tickers
✈ PeLaWaT ✈
free counters
Free counters







Ordinary Blog ❤❤ honey88apple ❤❤