❤ JANGAN TERLALU MENCARI YANG SEMPURNA,
TERIMALAH DIA SEADANYA...❤
Jika kamu memancing ikan,
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
Hendaklah kamu mengambil ikan itu,
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula kedalam air begitu sahaja,
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana
bisanya ketajaman mata kail kamu
& mungkin ia akan MENDERITA
selagi ia masih hidup…
Begitulah juga setelah kamu memberi
banyak PENGHARAPAN kepada seseorang,
Setelah dia mulai MENYAYANGI kamu,
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya...
Janganlah sesekali kamu terus
MENINGGALKANNYA begitu sahaja,
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu,
Dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya,
selagi dia masih mengingati kamu…
Jika kamu MENADAH air biarlah berpada,
Jangan terlalu berharap pada takungannya
dan menganggap ia begitu teguh,
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja,
Kerana apabila ia mulai RETAK,
tidak sukar untuk kamu menampal
dan memperbaikinya semula,
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja…
Begitulah juga jika kamu sedang memiliki seseorang,
TERIMALAH dia seadanya,
Janganlah kamu terlalu mengaguminya
dan mengganggapkan dia begitu istimewa,
Anggaplah dia manusia biasa,
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN,
tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA..
dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu
akan TERUS hingga ke akhir hayat...
Dan bukannya MENGHUKUMNYA
dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja,
kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja…
Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi,
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu,
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT,
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba mencari makanan yang lain...
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN,
Kelak, nasi itu akan BASI
dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi,
Kamu akan MENYESAL...
Begitulah juga jika kamu
telah bertemu dengan seorang INSAN,
Yg kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu
MENYAYANGIMU, MENGASIHIMU dan MENCINTAIMU...
Mengapa kamu berlengah lagi?
Dgn cuba MEMBANDINGKANNYA dgn yg lain...
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN,
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan
kamu akan KEHILANGANNYA
apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yg akan MENYESAL
dan tidak ada gunanya lagi...
Oleh itu, jgnlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN
Kerana ia bknlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna,
Sdgkan jika kita blh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang,
Dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa,
serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI,
Kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA…
itu lebih BERMAKNA !
0 BuDaK cOmEy bErKaTa-KaTa:
Post a Comment