Bila si merah cakap nak datang sini,
hati si biru berbunga-bunga cinta,
rasa nak melompat pun ada,
tidur pun tak berapa nak lena,
tak sabar menunggu kedatangan si merah....
Bila si merah muncul di depan mata,
alangkah bahagianya si biru rasa,
macam dunia ini kami yang punya,
dulu malu sekarang dah kurang :)
Bila si merah ada di sisi,
dunia si biru amat berseri,
terasa seperti sentiasa ditemani,
mengadap 24jam pun tak rasa bosan,
kerana si merah teramat bererti....
Bila si merah ketawa riang,
si biru turut tersenyum,
mengisi saat2 manis bersama,
ke mana pergi sentiasa di sisi.....
Bila si merah hendak pergi lagi,
hati si biru mula terasa sunyi,
beratnya hati untuk melepaskan si merah,
hari2 si biru akan keseorangan lagi,
tanpa si merah yang jauh di mata,
namun tetap dekat di hati....
Bila si merah tiada,
si biru terpaksa merindu lagi,
menanti si merah kembali lagi,
untuk menemani si biru di sini,
sakitnya rasa rindu ini,
tapi si biru harus kuat,
relaku menunggumu si merahku.....
0 BuDaK cOmEy bErKaTa-KaTa:
Post a Comment