Saya menangis lagi, awak….
Ye, saya menangis lagi untuk yang kesekian kalinya
Bila teringatkan awak
Tiba2 saja dada saya sakit menahan sebak
Laju saja air mata ini mengalir
Hati saya tak cukup kuat, awak….
Bila saya keluar, saya ingat saya boleh tenang
Tapi saya lagi lemah awak
Semua kenangan saya bersama awak
Terbentang di depan mata saya
Macam mana saya nak elak
Kalau semua perkara yang saya lalui dengan awak
Semua tempat yang pernah saya pergi bersama awak
Ada di sekeliling saya…
Ke mana saya nak lari lagi???
Saya tak mampu nak elak daripada bayang2 awak
Saya tak mampu awak….
Jasad saya memang di sini
Tapi hati dan fikiran saya ada pada awak
Bagaimana saya nak teruskan hidup
Jika semangat saya dah hilang……..???
Awaklah semangat saya, awak kekuatan bagi saya….
Awaklah racun dan awak juga penawarnya buat saya
Jika hati saya sakit, terluka dan sedih
Hanya awak yang mampu ubati kepedihan saya
Saya tak pernah berharap ini semua terjadi, awak
Walau sakit dan perit sekalipun hidup ini
Saya tetap perlukan awak disisi saya
Janganlah awak tutup pintu hati awak buat saya
Janganlah awak buang semua kenangan kita bersama
Dan janganlah awak padamkan saya dari hati awak
Tapi saya mohon, awak….
Jangan sesekali memaksa hati awak untuk menyayangi saya
Biarlah semuanya datang dari hati awak yang ikhlas
Jika masih ada ruang dan peluang bagi saya mendampingi awak
Kembalilah berada disisi saya
Kerana sayang saya pada awak takkan pernah luntur
Saya akan setia menunggu awak di sini
Dan terus akan menunggu……
Selalu tersalah memberi hati,
Walaupun tahu 'sakitnya tak terperi'.....
Selalu mengharap pada yang tak sudi,
Walaupun selalu memberi itu & ini….
Selalu rasa diri tak dihargai,
Walaupun berkorban separuh mati...
Follow @EiyffaHashim
Walaupun tahu 'sakitnya tak terperi'.....
Selalu mengharap pada yang tak sudi,
Walaupun selalu memberi itu & ini….
Selalu rasa diri tak dihargai,
Walaupun berkorban separuh mati...
0 BuDaK cOmEy bErKaTa-KaTa:
Post a Comment