} -->
❤ CeRiTeRa aQuDia ❤
:: MuLaKaN HaRi aNdA dEnGaN sENyUmAn ^____^ ::

Thursday, 1 December 2011

10 PiNtU SyAiTaN Di aLaM NyATa


Pintu-pintu tersebut tidak boleh terbuka kecuali jika seseorang
mengetahui pintu-pintu tadi. Syaitan tidak boleh terusir dari 
pintu tersebut kecuali jika seseorang mengetahui cara 
syaitan memasukinya. Cara syaitan untuk masuk dan 
apa saja pintu-pintu tadi adalah sifat seorang 
hamba dan jumlahnya amatlah banyak.

Pada masa ini kami akan menunjukkan pintu-pintu tersebut yang
 merupakan pintu terbesar yang setan biasa memasukinya.
 Semoga Allah memberikan kita pemahaman dalam permasalah ini.

: Pintu pertama :

Ini adalah pintu terbesar yang akan dimasuki syaitan iaitu hasad
 (dengki) dan tamak. Jika seseorang begitu tamak pada sesuatu,
ketamakan tersebut akan membutakan, membuat tuli dan
menggelapkan cahaya kebenaran, sehingga orang seperti ini
 tidak lagi mengenal jalan baik atau buruk.

Begitu pula jika seseorang memiliki sifat hasad, syaitan akan
 menghias-hiasi sesuatu seolah-olah menjadi baik sehingga disukai
oleh syahwat padahal hal tersebut adalah sesuatu yang mungkar.

: Pintu kedua :

Iaitu marah. Ketahuilah, marah dapat merosak akal.
 Jika akal lemah, pada masa itulah tentara syaitan akan
melakukan serangan. Mereka akan mentertawakan manusia jika
 manusia terbawa amarah. Pada keadaan kita seperti ini,
 segeralah berwudhu kerana marah terjadi akibat hembusan
api jahanam, padamkan dengan air wudhu.

: Pintu ketiga :

Iaitu sangat suka menghias-hiasi tempat tinggal, pakaian dan
segala perabot yang ada. Orang seperti ini sungguh akan sangat
rugi kerana umurnya hanya dihabiskan untuk tujuan ini.

: Pintu keempat :

Iaitu kenyang kerana telah makan banyak makanan. 
Keadaan seperti ini akan menguatkan syahwat dan melemahkan
 untuk melakukan ketaatan pada Allah. 
Kerugian lainnya akan dia dapatkan nanti di akhirat.
  
: Pintu kelima :

Iaitu tamak pada orang lain. Jika seseorang memiliki sifat 
seperti ini, maka dia akan berlebih-lebihan memuji orang 
tersebut padahal orang itu tidak memiliki sifat 
seperti yang ada pada pujiannya.

Akhirnya, dia akan mencari muka di hadapannya, tidak mahu
 memerintahkan orang yang disanjung tadi pada kebajikan
dan tidak mahu melarangnya dari kemungkaran.

: Pinta keenam :

Iaitu sifat selalu tergesa-gesa dan tidak mahu bersabar untuk
perlahan-lahan. Padahal terdapat sebuah hadits dari Anas,
di mana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Sifat perlahan-lahan (sabar) berasal dari Allah. Sedangkan
 sifat ingin tergesa-gesa itu berasal dari syaitan.” (Hadits ini  
diriwayatkan oleh Abu Ya’la  dalam musnadnya dan Baihaqi 
dalam Sunanul Qubro. Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ 
Ash Shoghir 
mengatakan bahawa hadits ini hasan)

: Pintu ketujuh :

Iaitu cinta harta. Sifat seperti ini akan membuat berusaha
 mencari harta bagaimana pun caranya. Sifat ini akan membuat
seseorang menjadi bakhil (kedekut), takut miskin dan tidak mahu
 melakukan kewajiban yang berkaitan dengan harta.

: Pintu kelapan :

Iaitu mengajak orang awam supaya ta’ashub (fanatik) pada
 madzhab atau golongan tertentu, tidak mahu beramal selain
dari yang diajarkan dalam madzhab atau golongannya.

: Pintu kesembilan :

Iaitu mengajak orang awam untuk memikirkan hakIkat (kaifiyah)
 dzat dan sifat Allah yang sukar dicapai oleh akal mereka
 sehingga menjadikan mereka menjadi ragu dalam masalah
paling penting dalam agama ini iaitu masalah aqidah.

: Pintu kesepuluh :

Iaitu selalu berburuk sangka terhadap muslim lainnya.
Jika seseorang selalu berburuk sangka (bersu’uzhon) pada
muslim lainnya, pasti dia akan selalu merendahkannya
dan selalu merasa lebih baik darinya. Seharusnya seorang
 mukmin selalu mencari udzur dari saudaranya. Berbeza dengan
 orang munafik yang selalu mencari-cari ‘aib orang lain.

“ Semoga kita dapat mengetahui pintu-pintu ini dan semoga
 kita diberi taufik oleh Allah untuk menjauhinya….”


Facebook
Follow @EiyffaHashim

0 BuDaK cOmEy bErKaTa-KaTa:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)

ღ LOVE SONG ღ
ღ MiSS DOMOT ღ
ღ eFfA HaNiSaH ღ
10 sEpTeMbEr 1988
Mr. H
ღ CeRiTa2 TeRkUmPuL ღ
  • ►  2012 (29)
    • ►  December (5)
    • ►  November (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (5)
    • ►  March (12)
    • ►  February (4)
  • ▼  2011 (74)
    • ▼  December (10)
      • BeRiTa HaiRaN ??!!
      • ♡ I'm jUsT FaLL iN LoVe ♡
      • RaHsiA DiSeBaLiK wArNa KeGeMaRaN
      • My DrEAm BeDrOoM ^ ^
      • WaTaK2 AnGrY BiRd yG sEbEnAr:)
      • KaSiH SeOrAnG iBu ◕‿◕
      • SaKiTnYa tErLuKa:(
      • CiNtA iNi mEmBuNuHkU:(
      • JiKa BeNaR mEnCiNtAi
      • 10 PiNtU SyAiTaN Di aLaM NyATa
    • ►  November (11)
    • ►  October (20)
    • ►  September (9)
    • ►  August (16)
    • ►  July (8)
ღ FOLLOWERS ღ
passed L J M :))
get a diploma :))
be a nurse :))
Nokia E5 :))
anniversary :))
kawen :p
further study :((
go to overseas :((
buy a car :((
ღ LOVE iS CiNTA ღ
ღ ABAH & MAK ღ
ღ FAMILY ღ
Daisypath Anniversary tickers
✈ PeLaWaT ✈
free counters
Free counters







Ordinary Blog ❤❤ honey88apple ❤❤