Tahukah anda bahawa kedudukan seseorang itu dalam bilangan
adik-beradik turut mencorakkan personaliti hidup mereka…..
Berikut ini disenaraikan ciri-ciri atau perangai-perangai seseorang
mengikut kiraan bilangan anak dalam jumlah adik beradik. Sama ada
ianya tepat atau pun tidak, anda nilailah sendiri. Yang pasti, semua ini
ditulis berdasarkan cerita-cerita orang tua, dan pengalaman-pengalaman
orang lama. Ini adalah rahsia orang dulu-dulu dalam mengenali watak anak.
:: Anak Sulung ::
Anak sulung merupakan cahaya mata pertama di dalam keluarga
dan menjadi tumpuan kasih sayang dan perhatian ibu bapa
sehinggalah kedatangan adik baru. Namun apabila mereka
meningkat remaja, mereka lebih pandai membawa diri masing-
masing dan sanggup berkorban demi adik-adik.
:: Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah ::
~ anak sulung dikaitkan dengan sikap pelindung
~ suka bertolak ansur & ego.
~ sering berjaya dalam hidup.
~ lebih pandai mengambil hati orang tua.
~ mempunyai nilai tanggungjawab yang tinggi.
:: Anak Tengah ::
Biasanya anak tengah lebih pelik sedikit dari anak-anak yang lain.
Mereka lebih gemar berdikari dan membuat hal sendiri.
Ini kerana mereka adalah antara yang paling kurang ‘favourite’
dalam kalangan adik-beradik yang lain.
Seringkali mereka juga teras terpinggir. Dalam banyak hal mereka merasakan
diri mereka dipaksa untuk mengalah kepada si sulung atau si bongsu.
Sebab itu dalam kalangan mereka juga kadangkala mudah dilanda tekanan.
Oleh itu, anak tengah juga cuba untuk melakukan yang terbaik bagi
diri mereka tanpa mengharapkan bantuan orang lain.
:: Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah ::
~ lebih berdikari berbanding dengan si sulung atau adik beradik yang lain.
~ lebih percaya dengan keyakinan sendiri.
~ suka mencuri perhatian dengan cara tersendiri.
~ sering merasakan diri mereka terpinggir.
~ terlalu mengalah
:: Anak Bongsu ::
Mendengar ungkapan anak bongsu saja cukup memadai untuk membuat
tafsiran bagaimanakah sikap anak bongsu. Mereka sering digambarkan
sebagai seorang yang manja dan besar kepala dan mahukan orang lain
mengikut kehendak mereka sahaja. Mereka perlukan orang lain untuk
melakukan apa saja dalam hidup. Sering dikatakan mereka kurang
berjaya dalam hidup memandangkan sikap ketidakpercayaan ibu
bapa terhadap mereka. Biarpun mereka berjaya namun sikap
ibu bapa sendiri membuatkan hidup mereka terbatas.
Mungkin ibu bapa sentiasa berasakan anak bongsu memerlukan
perlindungan mereka buat selama-lamanya.
:: Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah ::
~ happy go-lucky dan yakin diri.
~ manja.
~ berkeinginan dan bercita-cita tinggi.
~ sukar membuat keputusan sendiri.
:: Anak Tunggal ::
Dalam banyak kategori, ramai ingin menjadi anak tunggal.
Ramai yang beranggapan seronok menjadi anak tunggal memandangkan
hanya mereka satu-satunya anak dalam keluarga.
Mereka akan menjadi tempat sepenuh tumpuan,
perhatian dan curahan kasih sayang ibu bapa.
Mereka juga tiada persaingan dari adik-beradik yang lain.
Dari sudut hubungan bersama ibu bapa, tidak dinafikan
hubungan anak tunggal lebih kukuh dan erat.
Mereka saling memerlukan antara satu sama lain,
saling menyokong dan menggalakkan.
:: Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah ::
~ sering merasakan diri mereka kesunyian.
~ lebih berkeyakinan kerana sudah terbiasa segala yang dihajati tercapai.
~ lebih bijak bergaul.
~ lebih cepat matang.
~ terlalu rapat dengan ibu bapa walau usia makin meningkat.
~ sukar nak bertolak ansur dengan orang lain.
p/s ~ rasa cam ade terkena yg je, anda camne?? :)
Follow @EiyffaHashim
salam. visit d pagi hari.
ReplyDeleteuik? awal post entry dear? hehe
btw, betul lahhhhhhh! xtaw lah kebetulan ke pe. tp mmg semua betul ttg pe yg org2 tua cakap tu. keep it up :)
hehee...overnite la aen.. :D
ReplyDeletetau xpe kn, lgpn org2 tua ni da byk pngalaman dri kite..
so, pe yg elok kite ikut je... ;)