} -->
❤ CeRiTeRa aQuDia ❤
:: MuLaKaN HaRi aNdA dEnGaN sENyUmAn ^____^ ::

Tuesday, 22 November 2011

KeTiBaAn HaRiMaU MuDa DiSaMbUt MeRiAh!


 SEPANG – Mynewshub.my telah berada di Terminal Penerbangan Tambang
 Murah (LCCT) seawal jam 3.00 pagi tadi bagi menunggu kepulangan Skuad
 Harimau Muda yang berjaya mempertahankan pingat emas Sukan SEA di
 Jakarta, semalam.

 Setibanya di lapangan terbang berkenaan, dianggarkan lebih seribu
 penyokong dan peminat bola sepak tanahair sudah berkumpul di situ
 bagi meraikan wira-wira muda yang berjaya memalukan Skuad Garuda
 dua kali di tempat sendiri.

 Sorakan dan nyanyian semangat tidak putus-putus dinyanyikan, diiringi
 paluan gendang yang menunjukkan kebanggaan yang tidak terkata sambil
 menunggu kepulangan anak-anak muda yang bakal menentukan masa 
 depan sukan bola sepak negara.

 Bagaimanapun, kami terpaksa menunggu sehingga jam 8 pagi ini untuk
 bertemu dengan mereka yang tiba dengan wajah ceria meskipun keletihan 
 setelah berjuang bermati-matian demi memartabatkan nama Malaysia 
 sebagai antara pasukan bola sepak yang perlu digeruni pasukan lawan.

 Diketuai oleh Pengurus pasukan Harimau Muda, Datuk Hamidin Mohd Amin,
 yang diiringi jurulatih pasukan, Ong Kim Swee, mereka melangkah keluar 
 dari balai ketibaan LCCT dengan disambut sorakan dan jeritan kegembiraan 
 ribuan penyokong yang menanti lebih enam jam di situ.

 Hamidin menjelaskan bahawa kepulangan mereka agak lewat dari waktu
 yang dijadualkan ekoran terpaksa menaiki ‘barracuda’ untuk kembali ke
 hotel penginapan sebelum bergegas ke lapangan terbang untuk kembali 
 ke tanahair.

 Ekoran layanan yang sangat tidak memuaskan dan kesukaran yang dihadapi
 oleh delegasi skuad Harimau Muda itu, beliau bercadang untuk membuat
 bantahan rasmi kepada pihak penganjur Sukan SEA, Indonesia.

 Kim Swee pula menjelaskan bahawa beliau sangat yakin bahawa anak-anak
 didiknya itu mempunyai semangat yang kental untuk menghadapi tekanan
 dan provokasi melampau dari penyokong-penyokong negara jiran.

 Beliau juga percaya bahawa kemenangan yang amat bermakna ini
 membuktikan bahawa skuad Harimau Muda mampu pergi lebih jauh 
 selepas ini.

 Bagi Ketua Pasukan Harimau Muda, Baddrol Bakhtiar, yang menjadi wira
 menjaringkan gol penalti yang paling berharga dan dramatik semalam,
 beliau melahirkan rasa syukur atas kemenangan tersebut dan yakin bahawa
 rakan-rakan sepasukannya mampu menghadapi pelbagai rintangan lagi 
 selepas ini.

 Justeru itu, Mynewshub.my amat berbangga untuk berkongsi kegembiraan
 penyokong-penyokong skuads bola sepak tanahair yang menunggu selama 
 lebih enam jam di LCCT untuk menemui sekawanan harimau yang telah 
 membaham garuda semalam di gelanggang sendiri!

 








Sumber :
www.uptomu.net

Facebook
Follow @EiyffaHashim

0 BuDaK cOmEy bErKaTa-KaTa:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)

ღ LOVE SONG ღ
ღ MiSS DOMOT ღ
ღ eFfA HaNiSaH ღ
10 sEpTeMbEr 1988
Mr. H
ღ CeRiTa2 TeRkUmPuL ღ
  • ►  2012 (29)
    • ►  December (5)
    • ►  November (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (5)
    • ►  March (12)
    • ►  February (4)
  • ▼  2011 (74)
    • ►  December (10)
    • ▼  November (11)
      • PeRaNgAi AnAk ~ MeLaLui oRaNg2 TuA
      • KeTiBaAn HaRiMaU MuDa DiSaMbUt MeRiAh!
      • Go MaLaYsiA Go!!
      • PeRkArA yG eLoK DiSeBuT
      • ~ TrUtH aBoUt GirLs ~
      • DeSsErT yG KrEaTiF :)
      • SeBaB HaTi TaK TeNaNg
      • DonT GivE uP !!
      • ~AiR MaTa WaNiTa~
      • OpEn uR HeArT ❤
      • BoY vs GirL :)
    • ►  October (20)
    • ►  September (9)
    • ►  August (16)
    • ►  July (8)
ღ FOLLOWERS ღ
passed L J M :))
get a diploma :))
be a nurse :))
Nokia E5 :))
anniversary :))
kawen :p
further study :((
go to overseas :((
buy a car :((
ღ LOVE iS CiNTA ღ
ღ ABAH & MAK ღ
ღ FAMILY ღ
Daisypath Anniversary tickers
✈ PeLaWaT ✈
free counters
Free counters







Ordinary Blog ❤❤ honey88apple ❤❤