} -->
❤ CeRiTeRa aQuDia ❤
:: MuLaKaN HaRi aNdA dEnGaN sENyUmAn ^____^ ::

Sunday, 20 November 2011

PeRkArA yG eLoK DiSeBuT


 Perbanyakkan menyebut Allah drpd menyebut makhluk

Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji
 orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang
 kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak
 nikmat yang telah Allah berikan kepada kita.
 Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah.
 Makhluk yang berbuat baik sedikit kita puji habisan tapi
nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat.
 Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah 
setiap ketika, bukan ucapan Alhamdulillah hanya apabila 
sudah kekenyangan hingga sedawa.
Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelera hingga ke hati.

Perbanyakkan menyebut akhirat drpd menyebut urusan dunia

Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat.
 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat.
 Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat.
Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat.
 Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia
 hanya 1/100 daripada akhirat.
 Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan
Wawasan Dunia hingga terlupa Wawasan Akhirat.
Manusia yang paling cerdik ialah mereka
 yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya.
 Saham Amanah Dunia tak penting, tapi yang paling penting
 ialah Saham Amanah Akhirat yang tak pernah rugi dan
 merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda.
Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat
supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat.

Perbanyakkan menyebut & mengingat hal2
 kematian drpd hal2 kehidupan

Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan
bersara tapi jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati.
 Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat
 demikian kita akan menginsafi diri dan kekurangan
amalan yang perlu dibawa ke sana.
 Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu
 memerlukan bekalan yang amat banyak.
 Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini.
 Dunia ibarat kebun akhirat.

Kalau tak usahakan kebun dunia ini masakan
 dapat mengutip hasilnya di akhirat?
 Dalam hubungan ini eloklah sikap Saidina Ali dicontohi.
Meskipun sudah terjamin akan syurga, Saidina Ali masih
 mengeluh dengan hebat sekali tentang kurangnya amalan
 untuk dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya.
 Betapa pula dengan diri kita yang kerdil dan
 bergelumang dengan dosa?

Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga

Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan
menyuruh atau membisikkan kepada diri kita supaya sentiasa
 mengingat atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang
 kita lakukan sama ada kepada diri sendiri,
 keluarga atau masyarakat amnya.
 Satu kebaikan yang kita buat, kita sebut-sebut selalu macam
rasmi ayam 'bertelur sebiji riuh sekampung'.
 Kita terlupa bahawa dengan menyebut dan mengingat kebaikan kita
 itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub.
 Penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam boleh
merosakkan pahala kebajikan yang kita buat.
Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan ria' atau bangga diri
 yang mana Allah telah memberi amaran sesiapa yang memakai
 sifatNya (ria') tidak akan mencium bau syurga.
 Ria' adalah satu unsur dari syirik (khafi).

Oleh itu eloklah kita berhati-hati supaya menghindarkan diri
 daripada mengingat kebaikan diri kita kepada orang lain.
 Kita perlu sedar bahawa perbuatan buat baik yang ada
pada diri kita itu sebenarnya datang dari Allah.
 Allah yang menyuruh kita buat baik. Jadi kita patut
 bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik,
 bukannya mendabik dada mengatakan kita orang baik.
 Kita terlupa kepda Allah yang mengurniakan kebaikan itu.

Jangan menyebut & nampak-nampakkan
 keaiban atau keburukan orang lain

Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu

 menyebabkan diri kita menyebut-nyebut kesalahan 
dan kekurangan orang lain.
 Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa
melihat keaiban dan kekurangan diri kita sendiri.
Bak kata orang tua-tua 'kuman seberang lautan nampak,
 tapi gajah di depan mata tak kelihatan'.
 Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan
 cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita.
 Menuding jari mengatakan orang lain tak betul sebenarnya
 memberikan isyarat bahawa diri kita sendiri tidak betul.
 Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang; satu jari
arah ke orang itu tapi 4 lagi jari menuding ke arah diri kita.
 Bermakna bukan orang itu yang buruk,
 malahan diri kita lebih buruk daripadanya.
 Oleh sebab itu, biasakan diri kita melihat keburukan
diri kita bukannya keburukan orang lain.

Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan
tepi kain kita koyak rabak.
 Dalam Islam ada digariskan sikap positif yang perlu
 dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah
satu kebaikan yang ada pada diri seseorang,
 meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya.
 Apabila melihat diri kita pula, lihatkan kejahatan
 yang ada pada diri kita walaupun kita pernah berbuat baik.
Hanya dengan cara ini kita terselamat dari bisikan syaitan
 yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk
 menjerumuskan kita ke dalam api neraka.

Facebook
Follow @EiyffaHashim

0 BuDaK cOmEy bErKaTa-KaTa:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)

ღ LOVE SONG ღ
ღ MiSS DOMOT ღ
ღ eFfA HaNiSaH ღ
10 sEpTeMbEr 1988
Mr. H
ღ CeRiTa2 TeRkUmPuL ღ
  • ►  2012 (29)
    • ►  December (5)
    • ►  November (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (5)
    • ►  March (12)
    • ►  February (4)
  • ▼  2011 (74)
    • ►  December (10)
    • ▼  November (11)
      • PeRaNgAi AnAk ~ MeLaLui oRaNg2 TuA
      • KeTiBaAn HaRiMaU MuDa DiSaMbUt MeRiAh!
      • Go MaLaYsiA Go!!
      • PeRkArA yG eLoK DiSeBuT
      • ~ TrUtH aBoUt GirLs ~
      • DeSsErT yG KrEaTiF :)
      • SeBaB HaTi TaK TeNaNg
      • DonT GivE uP !!
      • ~AiR MaTa WaNiTa~
      • OpEn uR HeArT ❤
      • BoY vs GirL :)
    • ►  October (20)
    • ►  September (9)
    • ►  August (16)
    • ►  July (8)
ღ FOLLOWERS ღ
passed L J M :))
get a diploma :))
be a nurse :))
Nokia E5 :))
anniversary :))
kawen :p
further study :((
go to overseas :((
buy a car :((
ღ LOVE iS CiNTA ღ
ღ ABAH & MAK ღ
ღ FAMILY ღ
Daisypath Anniversary tickers
✈ PeLaWaT ✈
free counters
Free counters







Ordinary Blog ❤❤ honey88apple ❤❤